Thursday, May 17, 2007

Gambar ini dari mana?


Gambar in berasal dari mana? Gambar ini didapati dari satu blog yang menggunakan nama - Gila Remaja. http://gilaremaja.infomalaya.com/

Sarawak guna logo 50...

Sila layari laman rasmi negeri Sarawak, logo Visit Malaysia 2007 yang memaparkan angka 50... http://www.sarawak.gov.my/

Friday, May 11, 2007

Johor juga 50...


Laman rasmi negeri Johor pada bahagian 'iklan' terdapat satu logo tersendiri yang juga hanya 50... http://www.johordt.gov.my/

Pertandingan esei juga 50...

Tarikh : 01/04/2007 - 31/07/2007

Aktiviti :
PERTANDINGAN ESEI “50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA” JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Tempat :

Catatan :

Jabatan Penerangan Malaysia Menganjurkan Pertandingan Penulisan Esei Peringkat Kebangsaan sempena sambutan 50 Tahun Malaysia Merdeka bermula April hingga Julai 2007.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tingkatan Empat hingga Enam Atas dengan tujuan memberikan satu platform kepada mereka untuk mengeksprestasikan pandangan dan asprasi mereka tentang pencapaian Malaysia setelah 50 tahun merdeka.

Peserta dikehendaki memilih salah satu daripada dua tajuk yang telah disediakan iaitu “50 Tahun Malaysia Merdeka : Negaraku Gagah Gemilang” atau “Rukun Malaysia Amalan Hidup Rakyat Malaysia” dengan panjang esei tidak lebih daripada 2000 patah perkataan serta merupakan hasil nukilan yang asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetak.
Johan pertandingan bakal membawa pulang RM 2,000, naib johan RM 1,500 dan tempat ketiga RM 1,000. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM 750 dan RM 500.

Penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Negeri, Pejabat Penerangan Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah atau boleh dimuat turun dari laman web www.penerangan.gov.my.

Setiap nukilan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 31 Mei 2007 bersama-sama borang penyertaan yang telah disahkan oleh Pengetua atau pihak sekolah kepada alamat:

Jawatankuasa Pertandingan Menulis Esei 50 Tahun Merdeka, Jabatan Penerangan Malaysia, (Bahagian Penerbitan Dasar Negara), Tingkat 6, Wisma BERNAMA, 50612 Kuala Lumpur.

Unit Komunikasi Negeri

Perak juga 50...


Laman rasmi negeri Perak mengubahsuai logo rasmi yang hanya dengan angka 50. http://www.perak.gov.my/bm/

50 lagi....


Satu lagi logo yang hanya angka 50 dari Pejabat Perdana Menteri. http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/vfs_utama1?openframeset

Lagi 50...


Satu lagi logo yang hanya menandakan kemerdekaan yang ke-50... Tetapi dengan slogan "Celebrating 50 Years of Nationhood".

Thursday, May 3, 2007

Satu lagi logo yang 50...


Satu lagi logo dari laman web Kementerian Penerangan yang hanya dengan angka 50... (http://www.kempen.gov.my/)

Hanya 50...


Ini adalah logo yang diperolehi dari laman web Kementerian Penerangan. Logo rasmi ini merayakan kemerdekaan yang ke-50... (http://www.kempen.gov.my/)


Sakit kepala, 50 atau 44?

Sakit kepala... Tahun ini Malaysia patut merayakan kemerdekaan yang ke-50 tahun atau yang ke-44 tahun?

Jikalau kemerdekaan dikira sejak tahun 1957 maka ianya adalah perayaan yang ke-50 tahun. Tetapi masalahnya ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1957 kedua-dua negeri tersebut masih dibawah penjajahan British.

Jikalau perayaan kemerdekaan dikira sejak tahun 1963 maka ianya adalah perayaan yang ke-44 tahun. Tetapi Semenanjung sudah mencapai kemerdekaan pada 1957.

Jadi... apakah yang patut dilakukan untuk mengiktiraf kedua-dua kebenaran tersebut?

Blog terbuka yang bernama "Pesta Rakyat Merdeka" ini membuka ruang untuk semua rakyat yang merdeka untuk merayakan hari kemerdekaan. Cara berpesta untuk merayakan hari kemerdekaan adalah pelbagai dan tidak hanya satu versi.

Untuk menyelesaikan sakit kepala 50 atau 44, blog ini meminta pandangan daripada sesiapa sahaja.