Thursday, May 3, 2007

Sakit kepala, 50 atau 44?

Sakit kepala... Tahun ini Malaysia patut merayakan kemerdekaan yang ke-50 tahun atau yang ke-44 tahun?

Jikalau kemerdekaan dikira sejak tahun 1957 maka ianya adalah perayaan yang ke-50 tahun. Tetapi masalahnya ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1957 kedua-dua negeri tersebut masih dibawah penjajahan British.

Jikalau perayaan kemerdekaan dikira sejak tahun 1963 maka ianya adalah perayaan yang ke-44 tahun. Tetapi Semenanjung sudah mencapai kemerdekaan pada 1957.

Jadi... apakah yang patut dilakukan untuk mengiktiraf kedua-dua kebenaran tersebut?

Blog terbuka yang bernama "Pesta Rakyat Merdeka" ini membuka ruang untuk semua rakyat yang merdeka untuk merayakan hari kemerdekaan. Cara berpesta untuk merayakan hari kemerdekaan adalah pelbagai dan tidak hanya satu versi.

Untuk menyelesaikan sakit kepala 50 atau 44, blog ini meminta pandangan daripada sesiapa sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Thanks for writing this.