Friday, May 11, 2007

Pertandingan esei juga 50...

Tarikh : 01/04/2007 - 31/07/2007

Aktiviti :
PERTANDINGAN ESEI “50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA” JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Tempat :

Catatan :

Jabatan Penerangan Malaysia Menganjurkan Pertandingan Penulisan Esei Peringkat Kebangsaan sempena sambutan 50 Tahun Malaysia Merdeka bermula April hingga Julai 2007.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tingkatan Empat hingga Enam Atas dengan tujuan memberikan satu platform kepada mereka untuk mengeksprestasikan pandangan dan asprasi mereka tentang pencapaian Malaysia setelah 50 tahun merdeka.

Peserta dikehendaki memilih salah satu daripada dua tajuk yang telah disediakan iaitu “50 Tahun Malaysia Merdeka : Negaraku Gagah Gemilang” atau “Rukun Malaysia Amalan Hidup Rakyat Malaysia” dengan panjang esei tidak lebih daripada 2000 patah perkataan serta merupakan hasil nukilan yang asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetak.
Johan pertandingan bakal membawa pulang RM 2,000, naib johan RM 1,500 dan tempat ketiga RM 1,000. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM 750 dan RM 500.

Penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Negeri, Pejabat Penerangan Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah atau boleh dimuat turun dari laman web www.penerangan.gov.my.

Setiap nukilan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 31 Mei 2007 bersama-sama borang penyertaan yang telah disahkan oleh Pengetua atau pihak sekolah kepada alamat:

Jawatankuasa Pertandingan Menulis Esei 50 Tahun Merdeka, Jabatan Penerangan Malaysia, (Bahagian Penerbitan Dasar Negara), Tingkat 6, Wisma BERNAMA, 50612 Kuala Lumpur.

Unit Komunikasi Negeri

No comments: